Novel Tidak Bertajuk







Nahhhhh sebab apa tajuk kali ni adalah "Novel Tidak Bertajuk"? sebab hari ni I nak share satu cerita (bukan cerita sebenar hanya rekaan sahaja okeyhh). Lagi satu jugak sebabnya aku tak tau nak bagi tajuk apa cerita ni...harap-harap okeyhlah ye jalan cerita ni..bak kata orang putih still in progess..

Layan jela dulu ek...kalau seronok bagitau kawan kalau tak seronok bagitau cik choki okeyhh..

Bab 1 
Aku memasukkan pakaian yang telah aku lipat kedalam bagpack di sebelahku. Sedang aku asyik mengemaskan pakaian aku, bilik aku diketuk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan adikku si mulut murai.
“Kakak……. Nak masuk boleh?” Tanya Aliya
“Emmm masuklah. Sejak bila pulak adik pandai minta izin masuk bilik kakak nih? Selalunya main redah aci je” perliku.
“Sejak kena sembur dengan ibulah adik pandai minta izin masuk bilik kakak ni. Kalau tak asyik kena marah je nanti” kata Aliya sambil melangkah ke arahku lalu mengambil tempat di birai katil. Namun di kala itu Aliya hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Aku melihat ke arah adik kesayanganku yang satu itu. Aik pelik betul budak nih senyap je selalunya bising nak cari gaduh dengan aku bisik hatiku. Aku perasan ada kesunggulan di wajahnya lalu aku menghentikan kerjaku dan mendapatkan Aliya.
“ Ni dah kenapa ni senyap je dari masuk tadi? Selalunya adik tak sabar nak mulakan perang mulut dengan akak tercinta ni.” Tanyaku sambil merenung ke arahnya.Nawrah "kakakkkkkkkk….” Rengek Aliya.
“Hmmmm…..nak apa? Kau ni kalau merengek je dengan akak ni mesti ada apa-apa yang kau nak dari akak kan. Hah kau nak apa??” jelingku ke arahnya.
“Akak jadi ke pergi Terengganu?”
Aku tergelak mendengar soalannya. Soalannya tidak terus aku jawab malah aku menundingkan jari telunjukku ke arah beg pakaian yang sudah separuh siap terkemas.
“Mestilah jadi kalau tak takkanlah akak kemas baju-baju tu. Kalau akak kemas lepastu tak ke mana buat apalah akak susah-susahkan diri kemas semua baju-baju tu semua.” balasku sambil menyambung semula kerjaku yang tergendala sebentar tadi.
“Alaaaa Aliya nak ikut jugak, sampai hati kakak tinggalkan adik kakak yang lawa lagi cun nih”katanya dengan yang dibuat-buat sedih.
Hmmmm dah mula lahh dia nak buat drama air mata kat bilik aku. Nak meraih simpati la tuh nak ikut aku. Haish nak kena budak ni dengan aku bisik hatiku. Lantas aku bangun dari dudukku dan melangkah ke arah Aliya lalu menarik rambutnya yang diikat ekor kuda itu.
“Dah tayah nak buat drama dalam bilik akak ni. Drama kalau seronok menang award takpe jugak. Ni tak buat sakit mata akak je nanti. Lagipun bukannya lama pun akak pergi.. jauh apatah lagi. Dalam Malaysia je lain kalau luar Malaysia bolehlah adik kalau nak buat drama airmata tuh. Lagipun bukannya adik tak pernah pergi pun kan. Kitakan dah selalu holiday kat Pulau Perhentian tuh. Ni akak pergi ni sebab nak bawa Kak Mira tuh bejalan je. Adik jangan nak mengada-ngada ye your final exam is just around the corner so just stay focus for your exam okay?leterku.
 Aliya kini sedang menuntut UiTM Pulau Pinang dibawah jurusan kejuruteraan awam diperingkat diploma. Tempat lama aku ambil diploma dulu tuh. Aliya lah ni sibuk nak belajar di universiti yang sama denganku. Katanya nak cuba belajar berdiakari duduk jauh-jauh. Nak rasa pengalaman balik sendiri. Caitt podahh budak ni cakap je lebihh, cuti sem aku dengan abang tercinta jugak yang ambik dia nanti. Nasib baik masa aku dah tamat pengajian dia baru masuk kalau tak masak la aku nak layankan perangai dia yang tak semenggah tu.
 Aku dulu menamatkan pengajianku dibawah jurusan perlancongan di UiTM Pulau Pinang juga. Tapi tu cerita dulu sekarang aku baru habis final master dan disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebelum melangkah ke fasa yang sterusnya. Ikutkan sebenarnya aku dijadualkan untuk memulakan tugas sebagai salah satu tenaga pengajar di UiTM Pulau Pinang pada bulan ini tapi aku menangguhkan tarikh lapor diri pada bulan hadapan. Untuk memberikan aku sedikit lagi masa sama ada apakah aku sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan ataupun melangkah setapak lagi ke arah pembelajaran. Namun perkara ini aku rahsiakan terlebih dahulu daripada pengetahuan sesiapa pun termasuklah kedua ibu bapaku. Alang-alang boleh buat kejutan tuk adik aku yang sorang ni sekali. Hehehehehehe habislah kau Aliya tak selamat nanti.
“Alaaa akak bolehlah Aliya nak ikut... exam je pun. Bukan selalunya dapat travel jauh-jauh ni lagipun sempat je.” Katanya sambil menggoyang-goyanggkan tanganku. Hishh budak nih memang nak kena betul la, kalau dia ikut aku siapa nak tolong jawabkan kertas terakhir dia. Bukannya jauh mana pun dalam Malaysia jugak aku pergi.
“Amboi,amboi,amboi senangnyalah adik akak ni bercakap. Awak pergi tengok dulu jadual exam awak baru awak boleh cakap macam tu. Ada faham.”balasku ambil menarik telinganya. Kalau tadi rambutnya menjadi mangsa kali ni telinga dia pulak aku pintal. Hohoho maklumlah aku kan seorang kakak yang caring hehehehe. Caringlahh sangt Nawrah oii.
“Adoi kakak sakitlah telinga orang. Lepaslah apa akak ingat telinga orang ni gummy ke boleh buat tarik panjang-panjang capang kang jap lagi telinga orang. Taulah telinga orang ni lawa cantik menarik kebabom tayah la nak dengki sangat.”bebelnya sambil memukul tanganku supaya aku melepaskan telinga. Aku hanya ketawa mendengar leteran dari mulutnya. Namun aku ni takde la nak kejam sangat dengan adik sendiri. Aliya ni jelah satu-satunya adik yang aku ada. Dialah kawan gaduh, kawan borak tempat luah persaan dialah semuanya. Aku menggosok lembut telinganya yang aku piat sebentar lagi.
“Amboi adik akak nih ingatkan dah berubah bila makin besar rupanya makin kuat berleter hahahaha. Alaaa dik akak pergi bukannya lama pon 168 jam jee. Nanti akak tapaukan la ole-ole dari sana okeyh?”
“168 jam?”katanya sambil memandangku pelik. Namun aku hanya mengangggukkan kepala aku sahaja.
“Haihhh adikkan terror in calculus takkan tak tau kot?” aku tak menafikan bahawa adik aku yang seorang ni memang handal bab mengira sebab tulah dia dapat sambung dalam civil engineering. Mengharapkan aku memang tak lahh. Bab mengira ni memang aku fail. Tak taulah sebab kenapa aku tak boleh nak kawtim dengan matematik. Apa yang pasti tu salah satu sebab kenapa aku tidak sambung dalam bidang kejuruteraan ataupun perniagaan biarpun aku minat. Complicated right?
“ Jangan cakap satu hari 24 jam darab dengan semingggu 7 hari?”katanya. aku hanya ketawa sambil mengetuk kepala Aliya.
“Betul la tuh. Dah pergi sambung study sana jangan kacau akak. Kang tak siap kemas pulak baju akak nanti.”kataku sambil  menolak keluar tubuh Aliya. Kalau terus borak dengan dia sampai besok pun belum tentu siap kemas baju-baju aku tuh.
“ Janji ni beli souvenir dari sana.”katanya sambil menyuakan jari kelingkingnya dan aku sambut pautan itu dengan senang hati. Haihlah adik oo adik…..cenderahati apa lagi kau nak dari sana, padahal boleh dikatakan setiap kali cuti panjang pulau tuh jugak yang kau cari selalu. Apa dah tak cukup lagi ke?. Aku tak tau la kenapa Alia ni obsess sangat dengan pulau tuh. Padahal dua bulan lepas baru je dia ikut ayah pergi kursus kat sana. Sanggup ponteng kelas semata-mata nak ikut ayah aku pergi pulau tuh. Abang aku pon pelik dengan perangai dia yang satu nih. Haihlah nasib la adik sapa.
Lagi satu yang aku tak paham sangat dengan Aliya ni, dia ni jenis budak yang ikut dann kepala dia je. Tengoklah macam sekarang ni sanggup dia travel balik dari Penang tuh disebabkan dia tahu aku nak pergi Perhentian Island tuh. Padahal tengah exam kot. Bila ibu tanya kenapa balik boleh plak dengan selmba budak ni jawab ‘ alaa manalah tahu Aliya balik nih kot-kot boleh ikut kakak ke’ panggggg!!!! Setepek kena dengan ibu lepas tu.
Mau begegar jugak jangtung budak tuh aku rasa tak pon bebirat bentuk jari ibu kat belakang badan.. Hahahahahahaha padan muka kau dik. Tulahh buat keputusan selalu tak fikir jauh. Yelaa mana tak kena dengan ibu exam tinggal lagi satu paper je kot lepas tuh dah cuti semester. Main ikut kepala je..tuh kira bersyukur jugaklah tuh ayah tak masuk campur kalau tak mahu bergegar gegendang telinga dia kena leter dengan ayah.
Tuh belum masuk aku dengan abang lagi tuh. Hahahahaha nasib kau la dik dapat family cam ni. Hidup sebagai anak bongsu Encik Zain dan Puan Hamidah memang kena tough. Lagi-lagi bila dapat  package sekali kakak abang yang gonjeng ni. Nasib baik mak pak pon tak gonjeng.
Setelah siap mengemas segala barang yang bakal aku bawa ke Pulau Perhentian aku melangkah keluar dari bilik menuju kedapur. Niat di hati nak tolong ibu memasak. Saat aku melangkah masuk ke dapur langsung tidak kelihatan kelibat ibuku. Aku menjengah ke sinki dapur dan melihat bahawa barang mentah untuk dimasak buat makan malam sudah pun dikeluarkan dari peti sejuk. Aku melangkah keluar rumah untuk melihat jikalau ibuku ada di luar rumah. Namun hampa kelibat ibu langsung tidak kelihatan. Haishh mana ibu ni pergi ayam dalam sinki tu nak masak apa. Nanti kalau aku main masak je ikut cara aku kang ibu pulak sibuk nak masak cara lain.
“Aliya !!!......... Aliya owhhh Aliya!!!”jeritku. tiada sahutan kedengaran daripada tingkat atas. Haishh budak nih buat apa kat atas tuh. Aku punya jerit sampai nak terkeluar anak tekak, dia diam je kat atas tuh.
“Aliya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritku lantang. Mau begegar tiang rumah nih aku rasa penangan jeritan aku nih. Kalau budak nih tak dengar jugak memang kena la dia dengan aku nanti. Aliya….Aliya kau jangan sampai naik bilik kau nanti. Sebelum akak naik baik kau turun dulu omelku di dalam hati.
“Apa dia kak? Ada nampak hantu? Terjerit-jerit” kata Aliya tergesa-gesa turun dari tingkat atas.
“Hah turun pun kau. Sakit tekak akak panggil kau tadi tau. Ada nampak ibu tak? Akak nak tanya ayam tuh nak masak apa tuk makan malam ni.” Kataku dengan kedua belah tangan yang sudah dicekakkan di pinggang.
“Siapa suruh jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Dia yang salah sendiri nak marah-marah orang pulak. Ibu keluar la kak pergi jumpa Aunty Normah. Katanya nak hantar barang.”balas Aliya yang melangkah ke luar rumah lalu menyarungkan seliparnya dan berlari keluar bermain di halaman rumah.
Laaaa ibu pulak keluar. Takpelah kalau macam tu biar jelah dulu. Tunggu ibu balik nanti jelah. Melihatkan Aliya yang sedang berjalan kehulu-hilir tanpa arah tuju aku teringat akan kasut roda yang kami beli tempoh hari. Aliya lah hasut aku suruh beli. Tapi seronok jugak main petang-petang kat taman depan rumah tuh.
“Aliya main kasut roda jom kat taman depan. Bosan la kat rumah tak buat pape”ajakku sambil mengeluarkan kasut dari rak yang disediakan. Aliya kemudiannya berlari mendapatkan aku dan kasutnya.
“Eh kak ayam dalam sinki dah tutup belum kang kejap lagi Mario curi.”
Mario kucing nama diberi. Sebab apa Mario sebab masa tuh aku tengah gila main game Super Mario kesah pulak aku orang nak kata yang aku ni ketinggalan zaman ke apa ke janji I am happy with my life hahahaha. Aku hanya menganggukan kepala sahaja di atas pertanyaan Aliya. Setelah pintu rumah dan pintu pagar ditutup  aku dan Aliya memulakan larian kami ke taman dihadapan rumah.  Taman dihadapan rumah aku ni agak besar la jugak. Tapi kalau ada sampai masa nak main kat taman yang lain aku akan bawa Aliya main di taman layang-layang. Kalau Aliya takde aku akan ajak kawan-kawan aku yang lain.
             Dalam kami asyik leka bermain baru tersedar jam sudah menunjukkan jam 7 petang. Dengan segera aku ajak Aliya pulang sebab tak nak dengar leteran ibu. Setibanya di depan rumah ku lihat pintu pagar berkunci lantas aku buka dengan kunci pendua yang sedia aku bawa. Kereta ayah sudah terpakir elok bersebelahan keretaku. Namun sebaik sahaja aku dan Aliya ingin membuka pintu rumah pintu itu terkunci. Seingat aku pintu rumah itu aku tak kunci tadi. Aku hanya memandang Aliya dan Aliya memandang aku.
             “Akak kunci ke pintu ni tadi?”tanya Aliya. Aku hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan atas pertanyaan itu.
            Ahhhh sudah…jangan kata yang ibu pulak kunci pintu rumah ni sebab kitorang balik lambat.
  “Aliya ada terfikir tak apa yang akak tengah fikir sekarang?”tanyaku semula. Pada mulanya kelihatan kerutan di dahi Aliya mungkin sel-ssel otaknya sedang berhubung untuk memproses apa yang aku cakap dan akhirnya apa yang difikirkan aku dapat ditangkap Aliya apabila matanya buntang memandangku. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja dengan muka yang sedih.
“Akak bawa tak kunci rumah ni?” sekali lagi hanya gelengan kesedihan mampu aku berikan sebagai jawapan.
“Ibuuuuuuuuuuu”jerit aku dengan Aliya secara serentak
“Hah baru nampak batang hidung anak dara dua orang ni. Mana korang pergi hah? dah maghrib baru balik. Ni mesti masa kat universiti selalu buat nih. Kamu berdua ni macam tak tahu yang anak dara tak elok keluar waktu maghrib.”sergah ibu. Aku dan Aliya hanya tersengih mendengar sergahan ibu. Aliya lagi cool boleh siap tayang peace lagi tak makan saman betul budak nih. Hahahaha sekarang ni kedudukan antra kitorang dengan ibu telah dipisahkan dengan pagar pintu rumah. Hish kenapalah ada pintu pagar ni kalau kau takde dah lama aku boleh masuk. Kesian pagar tuh…pagar tuh tak bersalah pon Nawrah oii.
“Alaaa ibu kitorang main kat taman depan tuh. Bukan sealu pun kitorang dapat main berdua.”balas Aliya sambil memaut pagar besi yang memisahkan pintu masuk utama dan kami berdua.
“Haihlahh kamu berdua nih main je tau nak dikatanya masih budak-budak semua dah besar panjang, nak dikatanya dah besar panjang asyik fikir nak main je setiap masa.”aku hanya ketawa mendengar leteran ibu.
“Alaaa ibu bukannya selalu pun. Kadang-kadang je”belaku.
“Haihlah kamu ni Nawrah. Kamu dah besar kalau kahwin dah beranak pinak dah. Tapi perangai tetap tak semenggah macam adik kamu ni. Eloklah kamu dua beradik perangai serupa bikin. Nasib baik lah abang kamu tuh elok sikit dari kamu berdua nih”aku dan Aliya hanya ketawa mendengar kata-kata ibu. Abang aku tuh perangai dia dua kali lima je dengan kitorang weiii. Hahahaha depan ibu abang aku memang cover habis sebab nak nampak macho dan gentleman katanya.
“Ntah kakak ni bila nak kahwin? Penat tau Aliya tunggu abang ipar Aliya. Haihhhhhn siapalah agaknya lelaki malang yang dapat kahwin dengan kakak aku nih”kata Aliya lantas aku meluku kepalanya setelah dia habis berkata-kata. Habislah ibu dah buka cerita pasal kahwin. Ni kalau aku tak tukat topic ni mahunya malam ni aku dengan Aliya tidur kat luar.
“Haish ibu ni lama lagi la akak nak kahwin. jangan cerita pasal bende nih.”luahku. Aliya hanya ketawa mendengar luahanku. haish budak ni ketawa pulak bukannya nak tolong kakak dia yang cun lagi lawa nih.
"Apa yang bising-bising kat luar tuh." sampuk ayah yang sudah pun berdiri disebelah ibu. Ayah hanya menggelengkan kepalanya sahaja apabila melihat aku dan Aliya yang berada di luar rumah.
"Ayah tolonglah pujuk ibu suruh  buka pintu pagar ni. takkan la sampai malam kitorang nak duduk kat luar."rayuku manakala Aliya hanya menganggukkan kepalanya dengan raut wajah sedih yang sengaja dibuat-buat. Aku merasakan seperti berada di penjara sahaja lagak kami. Cepatlah ibu buka pinti pagar ni kakak tak nak tidur luar malam ni.
"Haihh kamu ni Midah bukaklah pagar tuh dah nak azan maghrib dah nih.. bia budak-budak ni masuk mandi, abang pun nak keluar ke masjid. Kalau kamu tak buka pagar ni macam mana saya nak keluar?"desak ayah dalam nada gurauan. Aku dan Aliya hanya senyum kesenangan apabila ayah berada di pihak kami manakala ibu pula hanya memasamkan muka sambil membuka pintu. Hehehehe ibu jangan marah yeee.

"Thanks ibu. I love you."kataku sambil mengucup pipi ibuku dan berlari masuk kedalam rumah begitu juga dengan Aliya. Ibu kalau dalam keadaan macam tuh lebih baik cepat-cepat lari kalau tak nak kena dengan penangan cubitan ketam berbisanya. Pedih woo kalau kena. Apa-apa pun lebih baik naik atas mandi lepas tu solat. Lepas ni confirm kena turun dapur tolong ibu masak makan malam.

Comments

Popular Posts