MATTA FAIR KUALA LUMPUR 2017

MATTA FAIR KUALA LUMPUR 2017

For the first time in foreverrrrrrrrrrr.....haa sambung siapa tau lagu ni hehehheheheh

okeyhlaa setelah sekian lama terbiar entry ni hari ni aku nak share sikit pengalaman aku per Matta Fair Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC.

Untuk pengetahuan you all kan, ini merupakan pengalaman aku pergi matta fair ni.
 Matta Fair ni apa sebenarnya? korang tau? event ni la korang dok sibuk ajak member, family, kaum kerabat semualah.

untuk yang tak tau mehh aku explain serba sedikit pasal Matta Fair ni.

Buat pengetahuan semua Matta Fair adalah satu event yang dianjurkan atas purpose tourism economy. sebab kat Matta Fair ni lah korang boleh cari macam-macam pakej percutian yang murah-murah je... sebab apa memang purpose Matta Fair ni dianjurkan kepada semua travel agencies tak kiralah domestic atau international. kat sini korang akan jumpa semua travel agencies dari seluruh Malaysia. haaa nilah masa untuk korang berhabih duit tuk bercuti ye dak... disebabkan travel agency sekarang bersaing rapat dengan independent traveller (bagpack) inilah peluang keemasan diorang untuk promote company dan services yang diorang buat secara kaw-kaw!!!!

untuk korang yang pergi sini untuk masa akan datang rancanglah awal-awal destinasi percutian dan carilah percutian yang penuhi kriteria korang. sebab apa rancang awal? sebab kat sana terlalu banyak pakej yang korang akan jumpa... beribu weyhhhh untuk mengelakkan korang dari tergoda dengan pakej lain  dan untuk menglakkan korang daripada menghadapi masalah untuk buat keputusan. bak kata orang business decision making gituhhhh. banyak hall diorang bukak untuk Matta Fair ni tau....korang bayangkan lah hall kat PWTC dah memang besar then diorang bukak lima hall untuk korang pusing so bayangkan jelah yee berapa banyak travel agency and association yang korang akan jumpa.huhuhuhuhuhuhhuhhuh
pandangan dari atas

kalau macam aku memang jenis minat travel tapi aku pulak tak tau kalau nak special price kat Matta Fair memang nak kena deposit siap-siap....aduhaii maklumlah first time pergi kan. hahahahahahaha

masuk Matta Fair kena beratur bayar tiga ringgit..nanti korang akan dapat pas masuk untuk sehari dan bag...bag nilah sangat berguna kau tau!! bila korang masuk mana-mana exhibition korang mesti akan dapat pamplet laa brosur la kan?? tak ketinggalan laaa Matta Fair ni oiiii sepanjang kau jalan sepanjang tu jugaklah orang dok ngulur  dekat korang...kalau korang tak pandai nak escape memang tak lepas laaa dari dengar explanation dari seller nuh haaa lagi-lagi kalau korang bukan jenis minat nak mendengar tuh. hahahahahahaha

time aku pergi ni aku tengah praktikal lagi tau...haaa time ni laa aku jumpa ex-classmate aku masa kat Penang aku dulu....diorang pon participate Matta Fair ni as wakil company dok jadi promoter...kelaka pon ada ak tengok diorang ni bila diorang layan aku cam customer betu-betul.

besides than travel agency korang pon boleh jumpa syarikat airlines yang memang buang tiket harga kaw punya!!!!!!!! ada yang aku tengok gi Korea harga start dari RM 100 kau ghaseeeeeee????/ murah ke tak?? maskot pon korang jumpa huhuhuhuhuhuhuhuhu
abaikan ketinggian aku kat situ...aku nak tunjuk maskot je ><

Matta Fair ni jugaklah satu platform untuk kita satu Asia promote budaya masing-masing...bukanlah promote sangat kita introduce budaya kita kepada orang luar. and Of course la bilangan pelawat domestik lagi ramai kat Matta Fair ni but then kita boleh sesuatu. Masa Matta Fair ni most yang aku tengok Korea and Japan (yang ak perasan la) diorang memang introduce diorang punya culture kat rakyat Malaysia. diorang siap performance lagi tau...haaaaaaaaa 

so that apa yang aku nak cakap kat sini...terokalah benda-benda macam ni. sebab dengan cara ni kita boleh belajar benda baru pengalaman baru. biapon penat tapi bagi aku berbaloi. bukan sebab atas desakan aku sebagai student perlancongan atau desakan aku nak travel and nak cari pakej murah, tapi atas dasar pengalaman tu yang peting...so that after this kalau ada orang tanya aku pasal Matta Fair aku boleh kongsi dengan diorang. biapon tak banyak tapi at least ada benda yang boleh dikongsi betul tak?




Comments

Popular Posts