Ini Kisah Aku






warghhh hari ni nak story sikit pasal kisah hidup yang dilalui olehku. sebenarnya takdelah tragedi sangat. Yang membuatkan aku rasa macam tragedi sebab kekangan masa untuk aku buat kerja.. ...

almaklumlah student lagi katakan.....tipulah kalau aku cakap aku tak penat mengharungi hari-hari sebagai pelajar non-resident ni. Empat hari seminggu untuk sem ni aku ulang-ali dari rumah ke uni. Aku bukannya nak merungut hari ni, tapi aku nak share dengan korang yang baca entry ni.

Setiap empat hari ni, aku travel about 60 km from home to my uni back and forth. 60 km weyhhhhh giler tak penat. Actually takdela penat mana masa drive sebab aku lalu highway kan so takdelah nak ngadap jammed sangat pergi balik tuh.

Okeyh aturan harian aku macam ni, pagi adku drive 30 km ke uni and spend the whole day in uni from morning until evening. Then start from 5 p.m aku mula beransur pulang ke rumah drive lagi 30 km. tu belum lagi dikira dengan kelas tambahan apa lagi tuh. Tapi aku bersyukur sangat laa sem ni takde additional class sampai lewat malam atau selain adri empat hari ni. Then sampai rumah aku bukannya terus rehat kadang-kadang, keluarga aku bukanlah kaya mana nak hire orang uruskan rumah, mak aku dia jadi petani sepenuh masa sekarang setelah arwah babah tak ada, tapi kitorang adik-beradik tak bagi mak kitorang overworked sangat, but then mak aku buat tak kisah je, mak aku cakap dia buat semua ni bukan sebab duit, tapi sebab dia suka, lagipun membazir katanya sebab tanah keliling rumah aku kosong tak diusahakan buat ternak rumput je mak kau kata. tapi alhamdulillah la mak aku sihat, disamping dia kerja itulah exercide yang dia lakukan untuk kekal sihat, biarpun kadang-kadang ada timing dia letih malam dia akan rehat lebih awal. Kalau hari minggu kitorang adik-beradik akan tolong mak kitaorang usahakan tanaman dia. yelaaa dahtu time hujung minggu and time aku takde kelas je aku free boleh nak tolong kan....

Okeyh kita sambung pula cerita aku. Balik rumah tempat pertama aku tuju adalah dapur. Mak aku ada masak tak ke tak? itu persoalannya. bukannay apa kadang-kadang waktu lunch mak aku tak makan pun, unless kalau ada lauk semalam yang lebih-lebih tuh dia akan makan, takpun mak aku akan makan yang ringan-ringan ja, sebab tu kalau makan malam lauk aku atau kakak aku akan masak lebih untuk mak aku makan esoknya, kalau takpun time aku kelas petang and ada masa pagi tuh aku akan masak dulu seselum gerak pergi uni. Kalau aku balik dari uni mak aku dah masak dulu, haa petang tuh adalah masa untuk aku lepaskan lelah dulu, tapi tak adalah lepas sangat, kat rumah aku ada anak buah. Anak buah aku memang duduk dengan kitorang yang sorang sebab dia sekolah dekat kampung tempat aku mula-mula belajar dulu. Ada anak buah aku ni aku langsung tak rasa beban sebab apa?? sebab aku bersyukur kalau dia ada at least kat rumah waktu tengah hari mak aku ada kawan and tak ada lah mak aku asyik masuk kebun je...... anak buah aku dia bukan tanak ikut pergi kebun, dia ikut tapi tak boleh stay lama-lama. nanti dia bosan hahhaahahahahahahah

dah balik rumah petang tuh aku kena pandai bahagikan masa untuk anak buah aku dengan kerja rumah plak, kadang-kadang aku main dengan dia sementara tunggu kakak aku balik. kalau nak diikutkan aku boleh je biarkan dia main sorang-sorang tak pun bagi je dia main telefon , tapi aku tanak amalkan benda tuh, takut dia terbiasa. Sebab tu lah penat macam mana pun aku, aku akan still entertain dia ( biarpun ada masa kadang-kadang aku tertidur layan dia ).

And then waktu malam pula aku tak boleh nak abaikan sangat family, aku tak boleh menyelinap terlalu awal masuk ke bilik sebab malam bagi aku adalah family gather, but then kalau aku busy sangt-sangt aku minta msuk bilik awal la untuk buat kerja. Aku kalau buat kerja anak buah dia akan suka duduk dekat dengan ak sebab dia curios  dengan apa yang aku buat. time ni juga aku tak bole nak abaikan dia, sebab dia masih dalam proses pempelajaran that is why aku akan respon pada setiap kata dia biarpun aku tak boleh nak fokus pada dia 100%. kakak aku kadang-kadang dia faham kalau aku busy dia akan attract attention anak buah aku, tapi aku tak boleh nak rely sangat dengan dia sebab kakak aku pun kerja bali lambat kadang-kadang dia pun penat. Tapi itu lah disebabkan aku dapat tengok family aku setiap hari depan mata, aku dapat tengok anak buah aku membesar depan mata, dapat tengok mak dan nenek aku sihat depan mata aku jadi kuat. Bagi aku itulah senario yang indah untuk ditatap. Nenek aku dah tua dia pun tak berapa nak sihat sangat ebab itulah masa yang ada ni aku nak tengok dia puas-puas live depan mata. Aku takut andai kata satu hari nanti aku tak ada depan mata diorang, time tu diorang akan tinggalkan aku untuk selama-lamanya.

Jujur aku cakap kadang-kadang aku penat, kadang-kadang aku mengeluh, tapi aku ken akuat untuk hadapinya. Ni belum lagi dengan masalah lain yang timbul dalam hidup aku. Masalah dengan kawan, masalah belajar, masalah kewangan lagi dan macam-macam lagilah. Ada satu masa bila semua ni datang menghimpit aku pada waktu dan masa yang sama, aku rasa nak putus asa, akal dan minda aku mula merancang sesuatu yang diluarjangkaan aku. Alhamdulillah iman aku masih kuat untuk aku tepis semua pemikiran negatif yang ada dalam otak aku time-time yang macam ni. Ada masa-masa macam ni aku rasa nak berhenti dengan apa yang aku buat pada masa ni, ada masa aku rasa nak lari dari realiti kehidupan harian aku. Aku  tanak jumpa semua orang termasuk family aku sendiri, kadang-kadang aku rasa macam dah depressed sangat bila semu masalah aku datang serentak. Ada masa aku akan menyembunyikan diri mengurung diri kat dalam bilik menangis mengenangkan masalah yang aku hadapi. Jujur aku kata waktu-waktu ini akan menghampiri aku bila aku terlampau letih. Diwaktu kita letih ini lah macam-macam perkara yang akan muncul dan menambahkan bebanan yang kita hadapi. Waktu macam ni aku hanya mampu menangis dan menghamburkan segala rasa hati yang aku pendam. Waktu ini aku bersendirian tanpa sesiapa yang menemani di sisi, hanya Allah sahaja yang mendengar luahan hati aku.

Allah Maha Penyayang. Dia sangat menyayangi hambanya tak kira lah besar mana salah hambanya itu. Aku bersyukur Allah masih lagi menjentik kesedaran buatku bila aku hilah arah dari realiti yang sebenar.
Ini adalah story aku. Story yang mengisahkan perjalanan hidup aku dalam era baru. Era dimana aku lebih banyak berdikari dan mula melangkah ke alam kehidupan yang sebenar. Di era ini aku mula belajar tentang segala-sagalanya untuk masa hadapan aku.

Comments

Popular Posts