Apa yang aku rasa....



Image result for sad feeling


Sedih???

Menangis???

Letih???

Tipulah kalau aku tak rasa semua ni buat masa ni...

Namun aku sedar bahawa semua dugaan yang mendatang bukan tanpa diundang...

Sesungguhnya pasti akan ada alasan dan hikmah disetiap apa yang berlaku....

Aku sedar ujian yang datang ini tidaklah seteruk orang lain.....

Kerana aku masih ada orang disekeliling untuk membantu.....

Yaaaaa ujian ini bukan hanya untuk aku seorang.....

Malah aku lebih bersyukur apabila ujian yang sebenarnya bukanlah jatuh ke atas diriku....

Sesungguhnya aku hanya pembantu bagi si dia yang ditimpa musibah.....

Mengeluh????

Tidak akan sesekali kerana aku masih menyayanginya.....

Sunyi???

Yaaa itu yang aku rasakan kini apabila semua nya tidak seperti dulu.....

Memang masih ada gelak tawa antara kami...

Tapi aku sedar bahawa semua itu tidak seindah dulu.....

Dalam setiap tawa kini pasti akan terselit rasa kesedihan di dalam diri.....

Terseksa???

Yaaaa jiwa aku rasa tersiksa apabila melihat si dia meneruskan hari-hari yang mendatang....

Sesungguhnya aku tidak percaya semua itu akan menimpa dirinya....

Malah aku juga tidak pernah membayangkan bahawasanya hari-hari ini akan muncul dalam hidup kami.....

Menangis???

Yaaaa hati aku menangis dan rawan apabila melihat dia menahan dan melawan rasa sakit yang mendatang.....

Air mataku tak pernah tumpah sebanyak ini untuk si dia....

Kini aku sedar...

Sebesar mana pergaduhan kami, sekasar mana perilaku dan bahasa kami, seteruk mana gurauan kami,

Namun tidak pernah sesekali aku membenci dirinya.....

Tumpahnya air mataku bukan sahaja-sahaja.....

Tapi tumpahnya kerana kasih dan sayang aku terhadapnya.....

Demi Allah tidak ada sekelumit benci pun aku terhadapnya yang kekal di dalam hati...

Kerana hatiku ini tidak mampu untuk membencinya seumur hidupku....

Kerana itulah antara darah daging aku di dunia ini.....

Sebak....

Itu yang aku rasakan kini...

Tika aku bersendirian, mengingati segala kisah yang lalu antara kami....

Jujur aku cakap, aku tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang...

Aku terkejut...

Aku rasa sunyi...

Aku sedih...

Aku tidak sanggup lagi....

Namun aku sedar, hari-hari yang mendatang tetap harus aku tempuh dengan senyuman agar si dia tidak merasa bersalah....

Aku harus kuat...dihadapannya aku tidak boleh lemah....

Kerana aku yakin kami disekelilingnya merupakan sumber kekuatan untuknya mengharungi segala dugaan hidup....

Demi Allah aku sayang kepadanya...

Aku berdoa agar tidak ada dugaan seperti ini yang bakal dihapinya kelak....

Kadang aku berdoa agar Allah pindahkan rasa sakit itu padaku....

Biarlah hanya sedikit, tetapi aku sanggup menerimanya...

Sesungguhnya dia adalah antara cinta hati aku di dunia...

Selain dari Allah dan Rasulnya..

Mohon doa dari kalian agar dugaan ini kami dapat tempuh dengan tabah dan redha...

Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya......





Comments

Popular Posts