Ikhlas..

Ikhlas.....

Nak cakap pasal ikhlas ni macam mana memang senang dengan hanya melafazkannya....

Namun ikhlas yang sebenarnya bermula dari sebuah hati yang dipinjamkan sahaja....

Apa yang kita buat hanya diri  kita dan Allah sahaja yang tahu....

Niat kita hanya kita dan Allah sahaja yang tahu....

Sama ada kita ikhlas atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu.....

Kenapa kita nak judge diri orang lain dengan apa yang diorang buat?

Kenapa kita hanya nampak keburukan orang lain sahaja?

Kenapa kita mesti hebahkan tentang keburukan orang lain kepada orang lain?

Kenapa kita tidak pernah nampak kebaikan orang lain?

Kenapa kita nak tak perbetulkan tanggapan orang lain dengan kebaikan yang mereka buat?

Kenapa kita biarkan fitnah membelenggu diri orang lain?

Kenapa kita tak usahakan untuk perbetulkan keadaan?

Kenapa kita kena persoalkan keikhlasan orang lain?

Adakah diri kita cukup ikhlas setelah mendabik dada dengan kebaikan yang kita buat?

Adakah kita bahagia melihat kan keikhlasan kita disebut-sebut oleh orang lain?

Adakah kita merasakan kita ikhlas dengan memperlihatkan kebaikan kita kepada orang lain?

Apakah makna ikhlas yang sebenar-benarnya?

Ikhlas itu diumpamakan seperti semut hitam yang berada di atas jalan berwarna hitam...

Kehadirannya tidak disedari dan diketahui oleh sesiapun.....

Tiada seorang pun yang dapat melihat kehadiran semut hitam itu....

Kerana semut itu bersembunyi....

Bersembunyi apabila melakukan sesuatu.....

Kita tidak tahu bahawa semut itu berjalan, menangis, bersendiri, .....

Sama ada semut itu makan atau minum....

Sama ada semut itu membantu semut yang lain dalam mencari makanan dan minuman....

Apa jawapannya??

Apa yang sedang dilakukan oleh semut itu?

Tak!!!! Kita Tidak Tahu!!!

Kerana apa?

Kerana dia menyembunyikan segala perbuatannya dari pengetahuan semut-semut yang lain.....

Hanya diri semut itu dan Pencipta-Nya sahaja yang mengetahui....

Ikhlas tidak boleh diukur....

Ikhlas tidak bermakna untuk kita bangga dengan orang lain.....

Ikhlas juga tidak menjanjikan riak dalam diri kita....

Bersederhanalah setelah melakukan kebaikan....

Merendah diri lah apabila kebaikan kita diketahui orang lain....

Sesungguhnya itu semua boleh mendatangkan perasaan riak dalam diri....

Jangan disangka orang yang luarannya terdedah merupakan orang yang jahil....

Jangan pernah menganggap mereka adalah ahli neraka....

Jangan disangka orang yang berlitup itu adalah sempurna.....

Jangan pernah menganggap orang itu ahli syurga....

Siapa kita untuk mengadili mereka?

Sesungguhnya kita tidak mengetahui hati-hati mereka....

Cukup lah sekadar kita menyedari diri kita setakat mana.....

Agar hubungan kita dengan Pencipta sentiasa terjaga......

Bukan sabar bila masih ada batas.......

Bukan ikhlas jika kita masih merasa ketidak tenangan dalam diri....

Bukan ikhlas jika kita merasa sakit di dalam hati.....




Comments

Popular Posts