“Aduh! Lambat pulak la aku hari ni. Halah..habislah aku lepas ni kena bebel jap lagi. Sudah la
pagi ni ada meeting dengan client.” Bebel Arshad. Haihh laaa dah tau lambat bukannya nak bersiap cepat-cepat, lagi dok bebel sensorang, apalahh. Dengan langkah yang kalut Arshad mencapai tuala yang
disangkut di penyidai bersebelahan kamar mandi dan melangkah masuk ke kamar mandi. 15 minit selepas itu muncul kelibat Arshad keluar dari kamar mandi dan bergegas ke almari pakaiannya yang terletak di sudut kamar tidurnya. Dalam kelajuan dan kekalutan itulah yang menyebabkan kakinya tersadung pada kaki katil.
“Adoiii!!!! Apa pulak laa salah aku pagi ni? Pagi-pagi lagi dah macam-macam benda yang jadi
kat aku nih? Bangun lambat je kot takkanlah daddy dah dok ngumpat aku kat opis tu kot tahulah hari ni
daddy terpaksa masuk ofis sebab aku.” bebelnya.Hujung ibu jari kakinya yang berdenyut dibelek sekali lagi sampai terekerut-kerut dahinya. Hai Arshad pagi-pagi jangan suka kerut dahi sangat kang sat lagi bekedut muka baru tau.
Langkah diteruskan menuju ke almari pakaiannya. Kemeja biru laut dikeluarkan lalu terus
disarungkan ke tubuh tegapnya. satu persatu bajunya dibutangkan, sesudah itu dia berlalu ke meja solek
untuk berhias. Jam tangan disarungkan, tali leher dicapai lalu di simpul di colar kemejanya menambahkan kekacakan pada penerampilannya. Sesudah berpuas hati terhadap penerampilan dirinya, beg bimbit disambar, kunci kereta disauk dan dia bergegas menuruni anak tangga dua tingkat menuju ke ruang tamu.
Langkahnya begitu laju sehingga kelibat Puan Sri Aminah langsung tidak dihiraukan olehnya.
Puan Sri Aminah hanya menggelengkan kepalanya apabila terlihat kelibat anaknya. Anaknya
yang sedang terkocoh-kocoh memakai kasut itu didedaki.
“ hai along, bukan papa bagi kamu cuti ke hari ni? Yang kamu terkocoh-kocoh pakai kasut siap
pakai kemeja segala bagai ni nak kemana?” Tanya Puan Sri Aminah. Memang sudah dimaklumkan oleh
suaminya bahawa pada hari ini anak bujang mereka tidak akan masuk ofis.
“ Arshad dah lambat ni ma, nanti malam Arshad makan kat rumah tau. Mama masak ayam masak
lemak cili api yee. Dah lama tak makan rindu pulak. Oklah ma along pergi dulu. Assalamualaikum”
soalan mamanya dibiarkan begitu sahaja malah sempat pula pesan menu makan malam. Tangan mamanya dicapai lalu disalam penuh hormat. Haihlah anak aku ni kuat sangat kerjanya sampai tak menyempat-nyempat jadinya. Sempat pulak tu order makan malam. Haihlaa anak-anak. Puan Sri Farizah hanya mampu melihat kelibat kereta anaknya meninggalkan perkarangan rumah.
Arshad Danial itulah seorang jejaka idaman wanita, seorang nak bujang kepada Tan Sri Tengku
Khalid dan Puan Sri Aminah yang workaholic. Di usia yang cukup muda Arshad sudah mempunyai
kehidupan yang cukup stabil. Siapa sangka di usia yang baru menjangkau usia 25 tahun beliau sudah
mampu mengendalikan sepenuhnya syarikat keluarga mereka yang dibina sejak berabad yang lalu. Dan
kini empat tahun sudah berlalu pada usia yang cukup muda Tan Sri Khalid sudah memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada anak sulung mereka untuk mengendalikan sepenuhnya syarikat Blue
Architecture Sdn Bhd. Kehidupan yang serba lengkap mebuatkan ramai wanita yang berada di
syarikatnya tidah kiralah client mahupun pekerjanya sering memerhatikanya dalam diam. Pelbagai cara
digunakan oleh wanita-wanita ini untuk menarik minat si jejaka malangnya si jejaka ini hanya buat endah tak endah sahaja. Haihlaaa Arshad oi takkan lah nak membujang sampai ke tua kot. Namun itulah selagi Arshad bersifat dingin terhadap wanita, selagi itulah tidak akan ada seorang wanita pun yang mampu menempatkan diri dalam hidupnya.
Comments
Post a Comment