PERKENALAN PERTAMA

                Langkahku atur perlahan menerusi laluan tasik terbentang di hadapan. Cuaca petang yang redup dan berangin menjadikan kawasan tasik ini menjadi pilihan buat mereka untuk beriadah, tidak lepas juga buat mereka yang mengambil angin dan menghabiskan sisa masa pada siang hari bersama dengan mereka yang tersayang. Setelah hampir bulatan penuh aku berjalan menyusuri tasik, aku mengambil peluang untuk berehat dan duduk seketika di satu kawasan yangsedikit terasing daripada orang ramai.

                Aku duduk. Aku jeda.  Aku berfikir. Aku leka. Aku hanyut. Hanyut dalam arus pemikiran aku sendiri tidak ingini. Pemikiran yang langsung tak pernah aku fikirkan untuk aku memilikinya.  Aku leka dengan dunia aku sendiri sehingga aku jadi alpa dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Ini adalah satu daripada habit yang aku cuba untuk elakkan. Habit di mana kadang-kadang membawa kebaikan dalam berfikir, habit dimana kadang-kadang aku hanyut dengan arus pemikiran sendiri yang langsung tidak membawa rasional dan merosakkan segala positive vibes yang selalu aku fikirkan. Namun ini lebih teruk daripada apa yang kau sangkakan. Namun ada masa ianya hadir tanpa aku pinta dan aku sedari.

                Tepukan halus di bahu menyedarkan aku dari dunia aku yang lain, wajah diangkat dan di hadapan aku kini merupakan seorang gadis yang ayu wajahnya. Aku tergamam sebentar betapa tenangnya dan manis raut wajah di hadapan ku kini. Salam perkenalan dihulurnya.

                “Hai awak, maaf kalau saya kacau awak tadi. Saya Zah.” Huh tipikal wanita berbicara di awal perkenalan. Penggunaan ‘awak’ dan ‘saya’ sebagai ganti nama diri yang ketiga. Namun itulah kesopanannya di kalangan manusia.

                “Hai. Saya Hajar.” Huluran salam disambut, kami berbalas senyuman. Aku kekok. Aku malu. Aku segan. Aku tak tau nak buat apa. Ini salah satu kelemahan aku daripada dulu hingga sekarang. Masalah di mana aku tak tahu untuk memulakan perbualan dan perkenalan.

                “Saya tumpang duduk sekali kat sini boleh? Kerusi yang lain penuh la, ke awak tengah tunggu kawan? ”pintanya. Senyuman ku ukirkan sambil menggelengkan kepala, lantas aku bergerak memberi ruang kepadanya untuk duduk bersebelahan denganku.

                “Tak adalah saya sorang je kat sini. Meh la duduk.”

                “Owh okay, okay. Thank you. Awak ada masalah ke? Dari tadi saya perhatikan awak. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak? Kalau tak kesah boleh je kalau nak share dengan saya”.Ujarnya sambil tersenyum.

 Suasana sepi menemani keadaan kami di bangku taman permainan disaat ini. Pertanyaan tidak terus kubalas.  Untuk aku memulakan bicara yang mendalam agak nipis peratusannya. Di saat aku sendiri tidak tentu arah apakah aku mampu untuk membuka bicara bersama mereka yang tidak aku kenali personalitinya. Adakah perlu aku meluahkan segala apa yang tersirat di dalam benakku kini? Apakah dia insan yang diutuskan pada ku kini setelah sekian lama aku menanti? Apakah jawapanya? Apakah yang harus aku lakukan? Aku buntu dengan segalanya. Di saat aku memerlukan seseorang, Allah mengutuskan seseorang buatku. Tetapi itu adalah insan yang tidak aku kenali sama sekali. Apatah lagi itu merupakan detik pertemuan aku yang pertama bersamanya. Apakah benar bahawa dialah yang diutuskan oleh Allah untukku? Aku kusut dan aku buntu, tidak tahu tindakan apa yang harus aku ambil saat ini. Aku bangun dari dudukku lalu mengatur langkah pergi dari dirinya membawa bersama segala masalah dan pertanyaan yang bermain di benakku. Aku tahu bahawa tindakan aku merupakan kurang sopan, tidak! Ianya sangatlah tidak sopan di mata rakyat marhaen zaman kini, namun cuma satu yang aku harapkan, kefahaman dari semua pihak apatah lagi dari diri Hajar sendiri. Aku berharap agar dia tidak terassa hati dan memahami bahawa tindakan aku ini bukanlah dating darinya, tetapi dari masalah yang aku sendiri sedang hadapai saat ini. Ya Allah aku hanya hambaMu yang mampu memohon kepadaMu. Tunjukkanlah segala apa yang telah Kau tetapkan buat hidupku di dunia ini.

Comments

Popular Posts